BAB 2
SELEPAS balik dari pasar, aku singgah dekat peti surat sebab sebelum aku ke pasar tadi , aku nampak posman masukkan surat kat dalam tu tadi. Surat untuk aku lah ! teriak ku dalam hati ..
''Aku lantas membuka isi surat itu dan membacanya. Alangkah gembiranya aku bila mendapati isi surat itu tertulis bahawa aku telah diterima kerja di TH HOLDING! '' Horrey !!! aku menjerit kesukaan sambil melompat-lompat.
"Ya Allah, Balqis yang kau menjerit-jerit macam orang gila kat tepi jalan tu kenapa ? laung Mak Cik Halina. Aku tersengih. Mak Qis dapat kerja lah. ucap ku. Betol ke ? Ya allah syukur alhamdulilah. Kerja apa ? soal mak.
Kerja kat TH HOLDING jwab ku. Oooo.. kat Kuala Lumpur tempat kau temuduga dua bulan lepas tu ke? soal mak lagi . Ha'ah jawab ku sepatah. Tapi kan mak, mesti Qis jauh dari mak, mak ikut lah Qis sekali.Sambung ku lagi.
''Hish, kamu ni, habis tu haiwan ternakan arwah bapak kau siapa nak jaga? nak suruh mampus kelaparan. ? Soal mak.. Aku hanya tersengih macam kerang wangi..
''ye la, yela'' ucapku.

